Gan Xin Zi dan Wong Hoi Yee
Tajuk: Hidupan dan proses hidup
Dalam alam ini, terdapat pelbagai jenis hidupan. Hidupan ini dapat dibezakan dan dikelaskan berdasarkan sifat fizikal dan ciri hidupannya yang tersendiri. Hidupan memerlukan keperluan asas untuk hidup. Keperluan asas yang diperlukan oleh hidupan ialah makanan, air, udara dan tempat tinggal. Projek ini bertujuan untuk menyedarkan seluruh warga sekolah tentang klasifikasi antara hidupan berdasarkan sifat fizikal dan ciri hidupannya seperti jenis makanan yang diambil, tempat tinggal dan cara hidupan membiak. Justeru, pelajar dikehendaki berperanan sebagai ahli sains untuk membuat kajian tentang sifat fizikal dan ciri hidupannya mengikut kategori dalam kumpulan. Misalnya, sekumpulan pelajar dikehendaki membuat kajian terhadap jenis tempat tinggal hidupan manakala sekumpulan pelajar dikehendaki membuat kajian tentang jenis makanan yang diambil. Selain mengumpul maklumat yang dikehendaki, pelajar perlu mempersembahkan hasil kerjanya melalui pelbagai cara seperti powerpoint dan pameran. Selepas pelajar melihat hasil kerja yang dipersembahkan, suatu sesi perbincangan akan diadakan. Dalam sesi perbincangan, murid dikehendaki menjelaskan semula apa yang mereka faham dan mengemukakan soalan. Dalam projek ini, Visual Ranking Tool digunakan untuk menyenaraikan beberapa keperluan asas hidupan.